• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

EXCO Sukan Turun Padang

Pada 22 Mei 2013 (Rabu), bertempat di Padang Ragbi, Kompleks Sukan MBI, Datuk Shahrul Zaman Yahya , Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak yang baru telah berbesar hati turun ke padang untuk bermain bersama Pasukan Ragbi SUKMA 2013 Negeri Perak.

Beliau telah diiringi oleh Pengarah MSN Perak serta beberapa orang pegawai. Lawatan ini adalah bertujuan mendekatkan diri bersama  pasukan SUKMA Negeri Perak dalam persiapan menghadapi Temasya Sukan Malaysia yang akan berlangsung pada 28 Jun hingga 7 Julai 2013 ini.

Dikesempatan itu juga, beliau sempat memberi amanat kepada pemain-pemain untuk memantapkan pasukan bagi menebus maruah Negeri Perak yang tercalar akibat kegagalan SUKMA yang lalu. Beliau juga berharap agar semua atlet dapat bermain bersungguh-sungguh dengan semangat kenegerian yang tulen di Kuala Lumpur nanti.

Walaupun beberapa hari baru dilantik sebagai EXCO yang baru, beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan sukan di negeri Perak memperolehi peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya. Beliau juga bersedia menggembling tenaga bersama semua penggiat sukan di Negeri Perak untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada seterusnya bersama-sama Majlis Sukan Negeri Perak dalam melahirkan lebih ramai lagi atlet cemerlang.

Pada hari yang sama juga, beliau mengambil kesempatan untuk bersalaman dan beramah mesra dengan semua belia yang berada di sekitar Padang Ragbi, Kompleks Sukan MBI. Lawatan kali ini menunjukkan bahawa beliau begitu serius dalam memastikan negeri Perak menjadi kuasa sukan yang digeruni kelak.  

FaLang translation system by Faboba