• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Teknik Ippon Fazira Menjadi

Pingat emas yang diraih pada penampilan sulung judo ketegori 52kg Sukan Malaysia XVI diharap menjadi titik permulaan bagi Noor Fazira Mohameid menempa nama di peringkat antarabangsa selepas ini.

Atlet Perak yang menewaskan Nor Hidayu Muliuar itu, berharap kejayaannnya mencerahkan peluangnya untuk mewakili negara ke Sukan Sea di Myanmar hujung tahun ini, selain dapat menyertai rombongan Persatuan Judo Malaysia ke Jepun tidak lama lagi." saya benar-benar teringin untuk ke Jepun mengikuti rombongan persatuan dan dengan kemenangan ini, saya berharap akan tersenarai. Selepas meraih kemenangan hari ini, kini saya memasang harapanmewakili Malaysia ke Sukan SEA Myanmar pula" Katanya.


Noor Fazira, 18, ternyata hebat apabila menundukkan lawannya dalam masa kurang 20 saat dengan teknik "ippon" pada saingan akhir di Gimnasium 1 MSN Bukit Jalil, semalam. Lebih menarik, lawannya Nor Hidayu berstatus atlet Kebangsaan yang pernah menyertai Sukan Sea Indonesia berbanding Noor Fazira yang merupakan atlet negeri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Jelapang Ipoh.


" Saya sebenarnya gentar pada final itu, tak sangka teknik "ippon" yang saya gunakan menjadi dan menewaskan Noor Hidayu dengan mudah. Ianya kemenangan yang tidak akan saya lupakan sejak terbabit dalam judo sejak empat tahun lalu"' katanya.

FaLang translation system by Faboba