• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 13 Mac Ini

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah siri ke 23 akan diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh bermula 13 Mac ini.

Kejohanan itu akan berlangsung selama 11 hari.

Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Abdul Rahim Mat Arif mengesahkan tarikh tersebut selepas membuat perjumpaan bersama jawatankuasa pengelola kejohanan tersebut.

“Melalui perjumpaan saya bersama jawatankuasa pengelola kejohanan ini, kami sebulat suara telah bersetuju dan mengesahkan kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah siri ke 23 akan berlangsung pada 13 Mac sehingga 23 Mac ini.

“Di samping itu, dalam tempoh kejohanan tersebut, Akademi Raja Ashman akan menganjurkan kursus kejurulatihan dan kursus teknikal untuk 40 peserta yang terdiri daripada negara di bawah naungan Persekutuan Hoki Asia (AHF),” katanya pada sidang media di Dewan Azlan Shah, Bangunan MBI, hari ini.

Turut hadir pada perjumpaan tersebut ialah Setiausaha Agong Persekutuan Hoki Asia, Tan Sri Dato' Seri P. Alagendra dan Setiausaha Agung Konfederasi Hoki Malaysia (MHC),  Datuk Johari Aziz. 

Menurut Abdul Rahim, setakat ini enam negara telah mengesahkan penyertaan iaitu juara bertahan, Australia, Canada, Perancis, Korea, Pakistan dan Malaysia.

Beliau memberitahu, logo bagi kejohanan kali ini sudahpun dipatentkan di bawah hak milik Persatuan Hoki Perak dan mana-mana pihak yang ingin mengunakannya perlu meminta kebenaran terlebih dahulu. 

Sumber : PerakNews

FaLang translation system by Faboba