• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Perak Tumpu Sukan Individu Pada SUKMA 2018

Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Perak (MSN) sedang menyusun strategi agar tumpuan diberikan kepada kategori sukan individu yang dilihat mampu menyumbang lebih banyak pungutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, segala persediaan dan perancangan rapi, termasuk dari sudut pemilihan atlet dilaksanakan bagi memastikan Perak berjaya memburu gelaran juara SUKMA 2018.

Beliau menjangkakan Perak akan menjadi tuan rumah kepada temasya SUKMA pada tahun 2018 dan telah merangka kaedah pelaksanaan sistematik di bawah projek yang dinamakan projek 1618 yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.

"Kita juga yakin dengan sukan indvidu yang seringkali menyumbang pingat kepada negeri ini, selain ianya lebih menjimatkan kos berbanding sukan berkumpulan yang bilangan ahlinya lebih ramai dan juga fokus latihan lebih terarah kepada individu," katanya.

Shahrul Zaman berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Maslin Sham (BN-Bukit Chandan) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu.

Tambah beliau, pada SUKMA 2014 di Perlis, sukan olahraga misalnya telah menyumbang sebanyak enam pingat emas, diikuti sukan terjun empat pingat emas dan sukan perahu layar tiga pingat emas.

"Ini tidak termasuk pungutan pingat perak dan gangsa yang turut disumbangkan oleh sukan individu seperti memanah, menembak, kombat (taekwando, pencak silat, wushu), suka renang, sukan terjun dan basikal.

"Walaupun begitu, kita tidak nafikan kejayaan sukan berpasukan yang juga penting dalam mengharumkan nama Perak, sebagai contoh kejayaan pasukan bola sepak yang menjadi juara pada SUKMA di Perlis," katanya.

Sumber : Perak News

FaLang translation system by Faboba