• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Persembahan Tiga Pemain Import Perak Masih Longlai

Persembahan tiga pemain import Perak masih longlai dan perlu dipertingkat segera sebelum sepak mula Liga Super akhir bulan ini.

Ketua jurulatih Perak, Datuk M.Karathu menyatakan bahawa beliau belum puas hati dengan persembahan Marco Tulio, Charles Souza Chad dan Namkung Wong.

Oleh itu, Karathu inginkan ketiga-tiga pemain import tersebut dapat memberikan persembahan yang lebih baik masa akan datang.

"Persembahan seperti ini masih belum mencukupi sebagai pemain profesional yang mana mereka perlu menjadi teladan kepada pemain tempatan,'' jelas jurulatih tersebut.

Karathu berharap ketiga-tiga pemain import berkenaan akan tingkatkan persembahan masing-masing sebelum sepak mula Liga Super.

Sebelum itu, Perak hanya mampu mencatat keputusan seri 0 - 0 dengan Pulau Pinang dalam perlawanan pra musim kelmarin.

Namun begitu, Karathu tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain import keempat, Thiago Junio De Aquino dalam perlawanan tersebut.

Karathu akan berpeluang menguji lagi anak buahnya apabila Perak menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ipoh, Rabu ini.

Walau bagaimanapun hasrat Karathu menurunkan Bobby Gonzales, Azmizi Azmi dan Haris Safwan Kamal di Ipoh malam esok tidak kesampaian kerana mereka masih cedera.

Ketua jurulatih itu berkata, beliau telah menurunkan ketiga-tiga pemain tersebut di Alor Setar baru-baru ini, tetapi malangnya mereka hanya sempat beraksi separuh masa sahaja.

 

Secara keseluruhan Karathu masih tidak puas hati dengan persembahan pemain mudanya kerana kerap kehilangan bola.

Sumber : PerakNews

FaLang translation system by Faboba