• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Anugerah Sukan Perak: Leong Mun Yee terima anugerah khas

ATLET terjun negara, Leong Mun Yee, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Anugerah Sukan Negeri Perak Darul Ridzuan 2013/2014, sebentar tadi.

Mun Yee dipilih menerima anugerah berkenaan sebagai menghargai pencapaian gemilangnya sejak terlibat dalam sukan terjun.

Terbaru, atlet berusia 31 tahun itu berjaya merangkul pingat Perak pada Fina Diving World Cup di Shanghai, China pada 2014 selain pingat gangsa bagi acara 10 synchro  Sukan Asia Incheon, Korea dan menduduki tempat keempat pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

 

Dalam pada itu, pemain hoki kebangsaan, Azlan Misron, 32, dan atlet boling, Sin Li Jane,er,  masing-masing dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati tahun 2013/2014.

Olahragawan serta olahragawati harapan pula masing-masing disandang pemain golf remaja kebangsaan, Low Khai Jie, 20 dan atlet kapal layar remaja, Nornabila Natasha Mohd Nazri, 13.

Keluarga Sin Yew Khong pula dipilih sebagai penerima Anugerah Keluarga Sukan 2013/2014.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan penglibatan isterinya, Ho Chee Ling yang juga bekas atlet bola tampar negeri sementara semua anaknya Sin Ken Mun, Sin Kar Mun dan Sin Li  Jane adalah atlet  dalam acara tenpin boling.

Anugerah pasukan terbaik 2013/2014 pula dianugerahkan kepada pasukan hoki lelaki Piala Tun Abdul Razak 2014 yang muncul juara pada 2013 dan 2014.

Datuk Abd Rahim Md Arif pula dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Sukan 2013/2014, berdasarkan penglibatannya dalam penganjuran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah mulai 1998 sehingga 2014.

Jurulatih skuad bola baling kebangsaan, Phuah Lai Hock pula dipilih sebagai penerima Anugerah Jurulatih Terbaik 2013/2014.

Dalam pada itu 13 organisasi media turut menerima anugerah khas pada majlis berkenaan yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut berkenan berangkat, Sultan Perak, Sultanm Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri, Tuanku Zara Salim.

Sumber : Sinar Harian

FaLang translation system by Faboba