• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Liga Super 2016: Persiapan The Bos Gaurus Tanpa Publisiti

Tanpa publisiti yang hangat skuad The Bos Gaurus tetap gigih melakukan persiapan rapi bagi menghadapi Liga Malaysia ( Liga-M ) musim 2016.

Ketua jurulatih, Shamsul Saad yang pertama kali mengendalikan skuad The Bos Gaurus bertungkus lumus melengkapkan skuad berkenaan.

 

Sebahagian besar penyokong Perak kurang yakin dengan kemampuan Shamsul untuk mengendalikan The Bos Gaurus bagi menghadapi pentas liga yang mencabar ini.

Sebelum ini, Shamsul hanya mengendalikan skuad Piala Belia dan Piala Presiden sahaja. Oleh itu, pelbagai andaian dan telahan dibuat oleh para penyokong mengenai harapan skuad The Bos Gaurus dalam mengharungi musim 2016 ini.

Dalam persiapan menghadapi musim ini, Perak telah menguji seorang pemin import barunya, Vokhid Shodiev dari Uzbekistan pada hari Rabu lalu.

Shodiev diturunkan pertama kalinya menyarung jersi The Bos Gaurus dalam aksi persahabatan menentang pasukan Liga FAM, Felda United.

Penyerang dari Uzbekistan itu menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut walaupun hanya beraksi selama 40 minit.

Perak menang 2 - 1 ke atas Felda United. Kini, Perak masih mencari dua pemain import bagi mencukupi kouta empat pemain import dalam setiap pasukan.

Sebelum ini, Perak hanya mengekalkan pertahanan import, Thiago Junio De Aquino bagi musim 2016 ini.

Tiga pemain import yang lain iaitu penjaring utama, Nam Kung Wong; Mario Tulio Lopes Silva dan Charles Souza Chad digugurkan.

Sumber : Perak News

FaLang translation system by Faboba