• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 030101 Pakaian Sukan dan Aksesori atau 222401 – Menjahit Pakaian dan Kelengkapan dan Surat Wakil Kuasa daripada syarikat sekiranya Syarikat menghantar wakil bagi pihaknya bagimenyertai sebut harga berikut :

 

NO: MSN.PK.(SH) 1/2016

 

SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR (TERMASUK MENYUSUN BEKALAN MENGIKUT JENIS SUKAN DAN SAIZ) PAKAIAN SUKMA NEGERI PERAK SEBANYAK 600 SET DENGAN PELBAGAI SAIZ SERTA LENGKAP DAN MENEPATI SPESIFIKASI PADA TARIKH YANG DITETAPKAN. SETIAP SET MESTILAH MERANGKUMI SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

 

1.         Dokumen sebut harga boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 2, Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh  dengan bayaran RM 50.00 setiap dokumen secara Tunai/Wang Pos/Kiriman Wang Kerajaan mulai 29 Januari 2016 ( Jumaat ).

 

2.         Tawaran sebut harga hendaklah dihantar ke Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh sebelum jam 12.00 tengahari,  04 Februari 2016 (Khamis) . Sampul sebut harga yang berlakri perlulah di masukkan ke dalam peti sebut harga dan sampel pakaian serta rekaan hendaklah dilabel kemas dengan nama syarikat pada setiap item dan dihantar. Kesemua kelengkapan bekalan dan sampul tawaran sebut harga hendaklah dihantar ke alamat :

 

PENGARAH,

MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN,

WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,

KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,

JALAN GHAZALI JAWI,

31400 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN 

 

3.         Majlis Sukan Negeri tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga yang berkenaan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FaLang translation system by Faboba