• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Oybek Tidak Dapat Bersama Skuad The Bos Gaurus

IPOH: Oybek Kilichev yang juga merupakan calon pemain import keempat skuad The Bos Gaurus, tidak dapat menyertai pasukan itu.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

“PAFA ingin memohon maaf diatas masalah teknikal yang menyebabkan calon import keempat dari Uzbekistan, Oybek Kilichev tidak dapat didaftarkan untuk bermain dengan pasukan Perak

“Kita menghormati dan akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah ditetapkan,”ujarnya.

Abdul Puhat turut berkata, pihaknya telah melihat kualiti Oybek sebagai seorang pemain bertaraf antarabangsa dan akan berusaha utuk membawa pemain itu ke Perak pada 20 Jun ini.

“Kita akan berusaha untuk membawa beliau pulang ke Perak semasa jendela perpindahan pemain yang kedua dibuka pada 20 Jun ini.

“Mungkin dia akan diberikan kontrak jangka masa panjang bersama Perak kelak,”ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih dan menghargai sokongan yang diberikan oleh penyokong dalam perlawanan menentang Kelantan, pada hari Sabtu yang lalu.

“Sokongan daripada penyokong skuad The Bos Gaurus pastinya akan dapat menyuntik semangat yang lebih tinggi kepada pemain-pemain untuk memberikan yang terbaik.

“PAFA yakin dengan sokongan yang berterusan ini, berdasarkan sejarah penyokong-penyokong Perak yang sentiasa setia dengan pasukan dalam apa juga keadaan,”katanya.

 

FaLang translation system by Faboba