• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Ibarat mimpi, kata Peng Soon-Liu Ying

RIO DE JANEIRO: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyifatkan kejayaan mereka mara ke final pertandingan badminton Sukan Olimpik Rio 2016, sebentar tadi ibarat satu mimpi.

Menurut Peng Soon, dia dan Liu Ying masih tidak percaya dengan kejayaan yang dianggap paling bermakna dan bersejarah sepanjang karier mereka itu.

"Kami teruja dan masih sukar mempercayainya. Ini kejayaan paling manis dan bersejarah," kata Peng Soon sejurus mereka mengejutkan pasangan pilihan dari China yang juga pemenang perak di London 2012, Xu Chen-Ma Jin 21-12, 21-19 di separuh akhir.

Kemenangan itu sekali gus menjamin sekurang-kurangnya pingat perak sudah berada dalam genggaman.

Lebih bersejarah, kejayaan ini kali pertama beregu campuran negara mara ke final dan menyumbang pingat sejak badminton dipertandingkan di Barcelona 1992.

Dalam aksi final Rabu ini, Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir yang menewaskan pemenang emas di London 2012, Zhang Nan-Zhao Yunlei 21-16-21-15 sebentar tadi.

Kedua-dua beregu itu sudah bertemu dalam saingan peringkat kumpulan dengan pasangan Indonesia itu menang straight set 21-15, 21-11.


SUMBER : BHARIAN.COM SELASA 16 0G0S 2016 @ 8:24 AM

 

 

FaLang translation system by Faboba