• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

  • Laman Utama
  • Aktiviti
  • Berita
  • Latihan luar perlu untuk aksi lebih baik - Zaidatul Husniah

Latihan luar perlu untuk aksi lebih baik - Zaidatul Husniah

KUALA LUMPUR: Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, berkata beliau perlu menjalani latihan di luar negara jika berhasrat mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo, Jepun pada 2020.

"Kalau hendak beraksi di Olimpik Tokyo 2020, ia memerlukan persiapan yang sangat lama... sekurang-kurangnya latihan di luar negara untuk dapatkan catatan masa. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk persiapan Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017.

"Saya harap saya dapatlah peluang itu," katanya.

Mengulas mengenai aksi di Olimpik Rio, atlet kelahiran Pulau Pinang itu berkata, pengalaman beraksi di Brazil akan digunakan sebaiknya bagi menghadapi kejohanan akan datang, termasuk Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, yang dijadualkan pada 30 September hingga 2 Oktober ini.

"Alhamdulillah aksi di Sukan Olimpik adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bukan mudah hendak beraksi di sana, terima kasih kerana memberikan saya peluang ini. Pengalaman di Rio boleh saya gunakan untuk masa akan datang. 

"Perancangan selepas ini adalah saya akan terus menjalani latihan kerana masih ada lagi pertandingan iaitu Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia. Insya-Allah saya akan cuba melakukan yang terbaik," katanya.

Tambahnya, walaupun catatan masa tidak memuaskan, beliau berpeluang berlari dua kali iaitu pada pusingan kelayakan dan saringan pusingan pertama, sekali gus melepasi jangkaan yang beliau hanya mampu melakukan satu larian saja.

Untuk rekod, Zaidatul Husniah beraksi buat kali pertama di temasya terbesar dunia empat tahun sekali itu menerusi tiket wildcard.

Prestasinya tidak menghampakan apabila layak ke saringan pusingan pertama.

Bagaimanapun, beliau gagal mara ke separuh akhir selepas menduduki tangga terakhir daripada 64 pelari dengan mencatat kepantasan 12.62 saat.

Sumber : Bharian.com 22 Ogos 2016

 

 

FaLang translation system by Faboba