• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Perak Sasar Juarai SUKMA 2018

IPOH: Perak mensasarkan untuk menjadi juara keseluruhan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan di negeri ini pada 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pihaknya optimis sasaran itu dapat dicapai jika Perak selaku tuan rumah, memasang strategi yang betul dan memulakan persiapan awal.

 

Menurut beliau sebanyak 66 peratus daripada lebih 450 atlet Perak yang menyertai SUKMA Sarawak layak untuk bertanding pada SUKMA 2018.

 

"40 peratus daripadanya adalah pemenang pingat. Jadi ini menunjukkan mereka mempunyai potensi untuk memenangi pingat emas sekiranya kita mengatur dan melakukan peracangan yang rapi," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan skim insentif kemenangan SUKMA Sarawak 2016 di sini pada Khamis.

 

Beliau menambah, Majlis Sukan Negeri (MSN) telah diarah melakukan post-mortem mengenalpasti kelemahan dan cabaran atlet negeri bagi menghadapi temasya sukan dwi tahunan itu.

 

“Sasaran kita bukan setakat SUKMA 2018, tetapi saya mahukan program pembangunan yang berterusan untuk Perak melahirkan juara-juara bertaraf dunia secara berterusan,” ujarnya.

 

Pada SUKMA 2016 yang berlangsung 22 hingga 31 Julai lalu di Sarawak, Perak berada di kedudukan ke-12 dengan pungutan 12 pingat emas, 26 perak dan 34 gangsa.

 

Sementara itu, dalam majlis penyerahan skim insentif berkenaan, kerajaan negeri telah menyampaikan insentif berjumlah RM407,050 kepada para atlet, pengurus serta jurulatih pasukan yang terlibat mewakili negeri Perak.

 

Bagi sukan individu, pemenang pingat emas membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, pingat perak RM3,000; dan pingat gangsa RM1,000.

 

Manakala bagi sukan berpasukan, setiap atlet akan menerima RM2,500 bagi pingat emas, RM1,500 (perak) dan RM750 (gangsa).

 

Kerajaan negeri turut memperuntukan insentif tambahan sebanyak RM1,000 kepada atlet yang berjaya memecah rekod individu dan RM500 bagi rekod berpasukan.

 

Selain itu, pengurus dan jurulatih pasukan khususnya di SUKMA 2016 turut menerima insentif atas kemenangan atlet mereka.

 

Sumber : Suaraperak 15 September 2016

 

FaLang translation system by Faboba