• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA KESELAMATAN 2017

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

 

1.         Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam kod bidang 220801 dan berdaftar sebagai kontraktor bumiputera serta memiliki Lesen daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuat tawaran bagi sebutharga seperti berikut:

NO. SEBUTHARGA : BIL : 1/2017 (MSNPK)

 

 

SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API) DI WISMA  MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK, KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH, JALAN GHAZALI JAWI, 30450 IPOH PERAK (MSNPk) UNTUK TEMPOH SATU TAHUN BERMULA 1 MEI 2017 HINGGA 30 APRIL 2018

 

2.         Lawatan tapak akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

            Tarikh            : 28 FEBRUARI 2017 (SELASA)

           Masa              : 10.00 pagi

Tempat           : Ruang Lobi, Wisma  Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan

                         Bandaraya Ipoh, Jalan Ghazali Jawi, 30450 Ipoh Perak

            Tel                 : 05-5473984

(Lawatan Tapak adalah diwajibkan)

 

3.         Dokumen sebutharga boleh dimuat turun bermula 21 FEBRUARI (SELASA) sehingga 9 MAC 2017 (KHAMIS) menerusi Portal MSN:- http://msnperak.gov.my/index.php/kontraktor Tarikh tutup sebutharga adalah pada 10hb MAC 2017 (JUMAAT).

 

4.         Dokumen tawaran sebutharga yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang ditetapkan di Bahagian Pengurusan MSNPk, Aras 2, Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh, tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 10 Mac 2017 (Jumaat). Sebutharga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

5.         MSN Perak tidak bertanggungjawab di atas kelewatan dokumen sebutharga yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau manamana tawaran yang dikemukakan.

 

 

6.         Keputusan tawaran sebutharga dan syarikat yang berjaya akan disiarkan di dalam Laman Web MSNPk, msnperak.gov.my Penyebutharga boleh menyemak status tawaran dalam tempoh diantara satu (1) bulan hingga dua (2) bulan selepas tarikh tutup sebutharga. Bagi penyebutharga yang namanya tidak disiarkan di Laman Web MSNPk adalah dianggap tidak berjaya dalam sebutharga tersebut.

FaLang translation system by Faboba