• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Laksana Program Podium Perak Bentuk Atlet Cemerlang

IPOH:Majlis Sukan Negeri Perak melancarkan Program Podium Perak (P3) bertujuan untuk melatih para atlet negeri ini dalam mencapai kecemerlangan sukan yang disertai mereka.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata program latihan yang bersistematik itu juga antara lain bertujuan melatih para atlet remaja Negeri Perak sebagai persediaan menghadapi Temasya sukan Malaysia (SUKMA) tahun 2018 dan 2020.

 

Jelas beliau lagi, pendekatan itu diambil sebagai persiapan awal yang dilakukan oleh Kerajaan negeri dalam usaha untuk melahirkan atlet yang cemerlang serta dapat memberikan pulangan pingat emas kepada negeri ini.

“Selain Perak menjadi tuan rumah pada SUKMA 2018 kita berharap langkah ini membantu atlet kita mendapatkan pingat emas dan adalah malang sekiranya Perak masih terkebelakang berbanding negeri lain.

“Kita berharap pendekatan ini mampu melahirkan atlet yang terdiri daripada para pelajar sekolah dengan penglibatan bersama ahli sukan negeri ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Program Podium Perak (P3), di Ipoh hari ini.

Menerusi majlis yang sama, turut dilancarkan program ‘Kita Juara 2018’ dalam usaha merealisasikan hasrat Perak menjadi “juara keseluruhan” dalam temasya SUKMA akan datang.

Seramai 65 orang atlet melibatkan 24 acara sukan terlibat dalam program ini akan diberikan latihan menerusi beberapa strategi utama iaitu penumpuan sukan dan acara, mengenalpasti atlet yang berpotensi, program latihan sistematik, rakan sukan dan kejurulatihan.

Turut membantu menjayakan program ini kerjasama daripada rakan strategik daripada 20 agensi bagi setiap acara yang disediakan.

Program P3 ini juga sebagai langkah persediaan untuk mengelakkan negeri ini tercicir daripada saingan pembangunan sukan negara.

Sumber : Perak Today

FaLang translation system by Faboba