• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Pahang, Perak Seri Tanpa Jarin

SKUAD Tok Gajah membuka tirai kempen Liga Malaysia 2018 dengan hanya meraih satu mata selepas terikat tanpa sebarang jaringan berdepan Perak,0-0 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Skuad kendalian Dollah Salleh terpaksa akur kegagalan penyudah mereka biarpun memiliki beberapa peluang keemasan.

Antaranya pada m-19 menerusi cubaan pemain kelahiran Gambia Mohamadou Sumareh yang melepasi palang gol lawan.

masih gagal merubah keadaan.

 

Tuan rumah membuat pertukaran pemain sebanyak dua kali iaitu memasukkan penyerang kelahiran Argentin,Sergio Ezequiel Unrein dan pemain tengah Wan Zaaharulnizam Wan Zakaria pada m-70,73 mengeluarkan R.Kogileswaran dan Chan Vanthanaka tetapi tidak membawa banyak perubahan.

Kedudukan kekal tanpa sebarang jaringan hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Fitri Maskon dan malam ini menyaksikan kehadiran penyokong lebih 15,000 orang.

Sumber : Sinar Harian Online

 

FaLang translation system by Faboba