• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Arshad berdiam diri enggan ganggu siasatan

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahya mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap badan induk itu. 

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Biarlah mereka (SPRM) buat kerja dan saya tidak mahu ganggu tugas mereka,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Arshad berkata, beliau tidak mahu siasatan yang dilakukan itu terjejas dan berharap pegawai SPRM dapat menjalankan tugas dengan telus. 

 



Pegawai MSN turut dipanggil 

Rabu lalu, SPRM dikatakan menyoal siasat pegawai PSM bagi mengetahui cara badan induk itu membelanjakan dana yang diterima pada 2007 untuk pembangunan sukan tradisi itu. 

Selain pegawai PSM, turut dipanggil ialah pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) dan disahkan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong. 

Malah, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali turut mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

 

Sumber: Berita Harian

FaLang translation system by Faboba