• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

  • Laman Utama
  • Aktiviti
  • Berita
  • Hasli Izwan, Mun Yee dan Li Jane : Olahgarawan dan Olahragawati Perak 2011 dan 2012

Hasli Izwan, Mun Yee dan Li Jane : Olahgarawan dan Olahragawati Perak 2011 dan 2012

Penembak kebangsaan, Hasli Izwan Amir Hassan diumumkan sebagai Olahragawan Perak 2011 dan 2012  dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak di Dewan Bankuet Bagunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh malam tadi.Kemenangan itu merupakan kemenangan keempat berturut-turut bagi Hasli kerana beliau pernah terpilih memenangi anugerah yang sama pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu.

Penembak yang berasal dari Ipoh itu pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 2005 dan 2007 lalu. Hasli mengalahkan perenang negara, Kevin Yeap Soon Choy bagi meraih anugerah tahun 2011. Penembak yang menggemari acara rapid fire pistol itu mengalahkan dua atlet karate-do iatu K. Kunasilan dan Mohd Hatta Mahamut bagi memenangi anugerah tahun 2012.

Hasli menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 atas kejayaan memenangi anugerah tahun 2011 dan 2012. Penerjun kebangsaan, Leong Mun Yee diumumkan sebagai Olahragawati Perak bagi tahun 2011 yang lalu.Mun Yee  mengalahkan tiga calon lain iaitu penerjun, Cheong Jun Hoong; pemain tenpin boling, Sin Li Jane dan pesilat kebangsaan, Noorfarahana Ismail. Mun Yee memenangi hadiah wang tunai RM5,000 atas kemenangan tersebut.Sebelum ini, Mun Yee pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 2001, 2003 dan 2009 lalu.

 Walau bagaimanapun Mun Yee gagal memenangi anugerah yang sama bagi tahun 2012 setelah diumumkan bahawa pemain tenpin boling, Sin Li Jane sebagai pemenangnya.

 

Sementara itu, penerjun muda, Kam Ling Kar memenangi Anugerah Olahragawati Harapan 2011 dan Nasirah Azman menangi anugerah yang sama bagi tahun 2012.

Pemain boling padang, Izzat Shameer Dzulkeple diumumkan memenangi anugerah Olahragawan Harapan bagi tahun 2012.Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

 

FaLang translation system by Faboba