• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Ujian Getir Perak Tanpa 4 Tonggak Utama Petang Ini

Kemampuan pemain-pemain muda Perak yang berumur 18 tahun akan teruji apabila diturunkan dalam kesebelasan utama berdepan Sarawak di Kuching petang ini.

Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim berkata, beliau akan memberi peluang kepada pemain-pemain muda bagi menggantikan pemain utama yang mengalami kecederaan.

Katanya, empat pemain utama terpaksa direhatkan akibat kecederaan yang dialami pada hari Selasa lalu.  

Empat pemain tersebut adalah Mohd Rafiq Faeez Mohd Fuad, Mohd Syamil Khairi, Norhakim Isa dan Khairul Asyraff Sahaizah.

Bakar agak gusar dengan ketiadaan keempat-empat pemain tersebut yang mana mereka merupakan pemain yang mencorak serangan Perak.

Jentera serangan Perak agak tempang dengan ketiadaan pemain-pemain tersebut.

Namun begitu, Abu Bakar berkata, beliau mempunyai pemain gantian yang mampu mengisi kekosongan tersebut walaupun mereka berumur 18 tahun.

Ahmad Shahril Fikri dan Azrul Nizam yang masih berumur 18 tahun menjadi pilihan Abu Bakar untuk beraksi di Kuching. 

"Saya meminta pemain muda tersebut supaya mempamerkan bakat masing-masing agar memudahkan saya membuat penilaian,'' jelas Abu Bakar semalam.

Jurulatih tersebut menjelaskan bahawa jadual yang padat menyebabkan ramai pemain mengalami kecederaan dan beliau terpaksa menyediakan ramai pemain gantian yang berwibawa.

Beliau berharap Perak tidak pulang dengan tangan kosong daripada Kuching dan seterusnya mempertahankan rekod tanpa kalahnya.

Perak masih mendahului 17 pasukan lain dengan mengumpul 16 mata dan sedang dicabar oleh Johor yang ketinggalan satu mata daripada Perak.

Selain itu, Abu Bakar berharap tidak memandang rendah terhadap kemampuan Sarawak walaupun mereka berada di tangga ke-15

Sumber : Perak News 28 Februari 2013

FaLang translation system by Faboba