• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Perak Tidak Boleh Ketinggalan, Perlu Bangkit Segera

Perak tidak boleh ketinggalan lagi apabila berdepan Kelantan dalam saingan Liga Super 2013 di Kota Bahru pada 2 Mac ini.

Sehubungan dengan itu, jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah sedang bekerja keras menyediakan kesebelasan terbaik untuk beraksi di gelanggang lawan.

Oleh itu, Azraai berharap ketua pasukan, Sharulnizam Mustafa dan penyerang berpengalaman, Abdul Hadi Yahya dapat diturunkan. 

Sharulnizam dan Hadi masih bergelut dengan masalah kecederaan yang mana mereka berusaha mendapatkan prestasi terbaik.

Tenaga Sharulnizam diperlukan untuk menggerakkan bahagian tengah apabila Mohd Rafiuddin Roddin terpaksa diketepikan setelah mendapat kad merah di Lumut.

Difahamkan Azraai ingin bahagian tengah Perak lebih bertenaga bagi menyokong jentera serangan.

"Saya berharap Sharulnizam mampu diturunkan pada hari Jumaat ini,'' jelas jurulatih tersebut.

Ketua pasukan itu akan diturunkan bersama-sama  Yong Kuong Yong dan M. Sivakumar supaya dapat mencipta banyak peluang gol dari bahagian tengah.

Pengalaman Hadi amat diperlukan di bahagian serangan kerana kehadiran penyerang import, Karim Rouani masih gagal memberi impak yang besar kepada skuad Seladang.

Ketiadaan Hadi mungkin menjejaskan rentak serangan Perak dan seterusnya menyukarkan pasukan tersebut membawa pulang mata idaman.

Perak berada di tangga kelapan liga apabila berjaya mengumpul 10 mata dan Kelantan berada di tangga ketujuh dengan jumlah kutipan mata yang sama tetapi berbeza jaringan gol.

Sumber : Perak News 27 Februari 2013

FaLang translation system by Faboba