• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Malaysia Gagal Tumbangkan Australia Di Final

Malaysia masih gagal untuk menjulang Piala Sultan Azlan Shah setelah kalah dalam perlawanan akhir 2 - 3 kepada Australia di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi. Piala Sultan Azlan Shah diperkenalkan pada tahun 1983 lalu untuk menjadi rebutan pasukan-pasukan terbaik dunia dalam permainan hoki lelaki.

Sebaliknya, Australia terus menjuarai piala tersebut bagi kali ketujuh dan merupakan negara paling banyak muncul sebagai juara kejohanan ini. 

Pasukan yang dikenali sebagai Kookaburas itu pernah muncul johan piala tersebut pada tahun 1983, 1996, 2004, 2005, 2007 dan 2011.Hasrat Malaysia menjulang piala tersebut bagi kali pertama masih belum kesampaian walaupun sudah mencuba bermati - matian.Sebelum ini, Malaysia juga muncul naib juara pada tahun 1985, 2007 dan 2009.Penyerang berbisa, Faisal Saari mengambil masa empat minit sahaja untuk mendapat gol pertama hasil pukulan sudut penalti menewaskan penjaga gol Australia, Andrew Charter.

Kejohanan edisi ke-21 melakar sejarah apabila lebih 15,000 penonton telah memenuhi segenap tempat dalam Stadium Azlan Shah bagi memberi sokongan kepada pemain-pemain negara.

Pihak penganjur terpaksa memasang layar besar di tempat letak kereta bagi membolehkan orang ramai yang tidak dapat memasuki stadium tersebut turut sama menonton pelawanan akhir itu.Lebih 3,000 penonton telah menyaksikan perlawanan akhir tersebut melalui layar besar berkenaan.Australia menyamakan kedudukan melalui Nicholas Budgeon pada minit ke-29 dan gol kedua hasil jaringan Craig Boyne pada minit ke-30.   

Kedudukan Malaysia dan Australia kembali sama apabila Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil menjaringkan gol kedua pada minit ke-49.khirnya, kejuaraan edisi ke-21 menjadi milik Australia apabila Trent Milton menjaringkan gol kemenangan Australia kira-kira enam saat sebelum perlawanan tamat.Sebelum itu, Korea terpaksa berhempas pulas untuk menjinakkan New Zealand 2 - 1 bagi menduduki tangga ketiga. India menduduki tangga kelima dengan mengalahkan Pakistan 4 - 2.

Sumber : Perak News

 

FaLang translation system by Faboba