• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

  • Laman Utama
  • Aktiviti
  • Berita
  • Jentera Serangan Piala Presiden Lebih Berbisa Dari Liga Super

Jentera Serangan Piala Presiden Lebih Berbisa Dari Liga Super

 

Mampukah para pemain muda Perak mempertahankan rekod tanpa kalah Piala Presiden 2013 walaupun berdepan dengan jadual yang ketat dan perjalanan yang meletihkan.  

Selepas beraksi sebelas perlawanan, rekod tanpa kalah Perak masih dapat dipertahankan oleh para pemainnya. 

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim masih mendahului 17 pasukan lain dengan mengumpul 31 mata setelah sepuluh kemenangan dan satu catatan seri.

 

erdasar jumlah jaringan gol sebanyak 27 menunjukkan bahawa jentera serangan yang disusunkan oleh Bakar ternyata berbisa.

Seramai sepuluh pemain mencatat nama dalam senarai penjaring yang mana G. Mugenthiran muncul penjaring terbanyak berjumlah tujuh gol.

 

Penyerang berbakat besar, Hamizul Izaidi Zulkifli menduduki tanga  kedua penjaring terbanyak dengan menyumbat lima gol.

 

Shahrel Fikri Md Fauzzi menjaringkan empat gol berada di tangga ketiga dan Khairul Asyraf Sahizah memperoleh tiga gol.

 

Empat pemain berbakat seperti Mohd Rafiq Faeez Mohd Fuad, Ridzuan Azly Hussam, J. Partiban dan Muhammad Zahiruddin Zulkifli masing-masing menjaringkan dua gol.

 

Dua gol lagi disumbangkan oleh Mohd Syahmil Khairi dan Amirul Izwan Baki.

 

Abu Bakar berharap para pemain supaya dapat meningkat prestasi masing-masing agar persembahan Perak tetap mantap.

 

"Saya juga minta para pemain supaya tidak memandang rendah dengan kemampuan pihak lawan kerana akan membawa padah kepada pasukan sendiri,'' jelas Bakar di Ipoh semalam.

 

Kejayaan para pemain muda mempamerkan persembahan mantap secara tidak langsung membuka ruang kepada jurulatih Liga Super, Mohd Azraai Khor untuk menggunakan pemain tersebut jika keadaan memerlukan. 

 

Sebelum ini, Azraai telah menggunakan beberapa pemain Piala Presiden bagi digandingkan dengan pemain lebih senior.

 

Bakar gembira melihat pemain-pemain didikannya sudah  mendapat tempat dalam skuad yang lebih berpengalaman.

Sumber : Perak News

 

FaLang translation system by Faboba