• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Pemantauan Kem Sukan Bakat Berbasikal (Wanita) Siri 2/2016

        

Tarikh : 16 Hingga 22/10/2016
Tempat : Hotel Fair Park,Ipoh,Perak
Kehadiran :-
SDO - 3 orang
Jurulatih - 9 orang
Atlet - 34 orang

 

Laporan :

 

Negeri Perak telah menghantar 4 orang atlet :-

1. Nur Nabila Bt Zulkhairi

2. Nuranisa Shima Bt Ahmad Daud

3. Nyo Ci Hui

4. Nurul Fatihah Bt Mohamad Ismail Abdullah

 

16/10/2016

Pendaftaran atlet bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Program bermula pada pukul 8.30 malam dimana semua peserta diberikan taklimat berkenaan Kem oleh En.Giam Fook Pang dan perbincangan berkaitan kem telah diadakan bersama urusetia dan jurulatih pada pukul 9.30 malam.

 

17/10/2016

8.00 Pagi – 10.00 Pagi : Sesi “Ice Breaking / Orientation” oleh En.Fadzrie Bin Che Li dr Unit BPPS,MSN Perak.

10.30 Pagi – 12.30 Pagi : Sesi “Bike & Care” oleh jurulatih Negeri Perak, En.Hishamuddin dan En.Zamzuri.

2.00 Ptg – 4.00 Ptg : Sesi Pengenalan “Road & Track Event” oleh En.Rosli Salleh , Jurulatih Berbasikal Negeri Kelantan.

4.30 Ptg – 6.00 Ptg : Sesi “Cycling Skills/Technique oleh semua jurulatih.

8.30 Mlm – 10.00 Mlm : Sesi ceramah Pemakanan Sukan oleh Dr.Normah Bt Jusoh dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Syah (UPSI).

 

18/10/2016

8.00 Pagi – 12.30Tgh Hari : Sesi Ujian Kecergasan oleh Unit Sains Sukan,Majlis Sukan Negeri Perak.

2.00 Ptg – 4.00 Ptg : Sesi Pengenalan “Road & Track Event” oleh En.Mohd Ghaffuan Ghazali Jurulatih Berbasikal Negeri Kedah.

4.30 Ptg – 6.00 Ptg : Sesi “Cycling Skills/Technique oleh semua jurulatih.

8.30 Mlm – 10.00 Mlm : Sesi “Team Building” oleh En.Fadzrie Bin Che Li dr Unit BPPS,MSN Perak.

 

19/10/2016

8.00 Pagi – 10.00 Pagi : Sesi “Road Training” iaitu kayuhan pada jarak 30Km dari Majlis Sukan Negeri Perak ke Tanjung Rambutan melalui jalan Tambun.Seorang atlet P.Pinang Dayang Dandia terjatuh akibat masalah break tetapi tiada mengalami kecederaan yang serius.Telah dibawa ke Unit Sains Sukan,MSN Perak untuk rawatan.

10.30 Pagi – 12.30 Pagi : “Cycling Skills/Technique oleh semua jurulatih.

2.00 Ptg – 4.00 Ptg : Sesi Pengenalan “Road & Track Event” oleh En.Mohd Ghaffuan Ghazali Jurulatih Berbasikal Negeri Kedah.

4.30 Ptg – 6.00 Ptg : Sesi “Cycling Skills/Technique oleh semua jurulatih.

8.30 Mlm – 10.00 Mlm : Sesi ceramah Kecederaan Sukan & Doping oleh Dr.Ruaibah Yazani Bt Tengah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Syah (UPSI).5 Orang atlet tidak dapat turut serta pada sesi ceramah dan telah dibawa ke Hospitan Permaisuri Bainun kerana mengalami masalah saki perut dan 2 orang atlet telah dirawat sebagai separa kritikal iaitu Nurul Aliana Syafika dari P.Pinang dan Nor Aisyah Munirah dari Terengganu kerana suspek keracunan makanan.

 

20/10/2016

8.00 Pagi – 10.00 Pagi : Sesi “Road Training” iaitu kayuhan pada jarak 30Km dari Majlis Sukan Negeri Perak ke Tanjung Rambutan melalui jalan Tambun.

10.30 Pagi – 12.30 Pagi : “Cycling Skills/Technique oleh semua jurulatih.

Program terpaksa dihentikan kerana 10 Orang atlet pula mengalami sakit perut dan telah dibawa ke Hospital Permaisuri Bainun.Kesemua atlet hanya diberikan rawatan sebagai pesakit biasa dan tidak serius.

8.30 Mlm – 10.00 Mlm : Telah diawalkan sesi rumusan kem oleh En.Zahrul Anuar B. Usaili,Ketua Unit USPTN Perak bersama Ketua Jurulatih,Program Senior Berbasikal Cikgu Suod Husin kerana kem terpaksa ditamatkan disebabkan masalah sakit perut yang dihadapi oleh para atlet.

 

 

21/10/2016

8.00 Pagi  – 12.00 Tgh Hari : Kesemua peserta telah pulang ke negeri masing-masing dan tiada masalah berkaitan penginapan.Pihak cafe hotel yang menyediakan makanan telah disiasat oleh Jabatan Kesihatan Negeri bersama Majlis Bandaraya Ipoh.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

Laporan oleh :

 

MUHAMMAD FARABI B. ZAINAL EKMAR

PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI SUKAN BERBASIKAL

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

 

FaLang translation system by Faboba