• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Kem Tahunan Atlet Pelapis 2016

                  

TARIKH : 1 - 3 NOVEMBER 2016

TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN KAKI BUKIT LARUT, TAIPING
PESERTA : 50 ORANG, 8 URUSETIA
 
Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak telah berjaya menganjurkan Kem Tahunan Pelapis USPTN 2016 pada 1 - 3 November 2016 bertempat di Tapak Perkhemahan Kali Bukit Larut, Taiping dengan mengumpulkan 50 orang pelatih di bawah program pelapis. Sasaran pelatih adalah yang berumur 18 tahun ke bawah.
 
Kem Tahunan pada kali ini dikendalikan oleh pasukan Roza Nature Advanture, dan pasukan ini telah merangka program berdasarkan maklumat yang di diberikan oleh pegawai USPTN. Pada hari pertama program pada 1 November 2016 dimulakan dengan pergerakan semua pelatih dari Ipoh ke Taiping pada jam 10.30 pagi dan tiba pada jam 1.00 petang. Selesai pendaftaran, sesi Pembahagian Kumpulan Khemah dan Pengurusan Barangan Peserta diadakan. Kumpulan telah dipecahkan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan telah dilantik ketua kumpulan.
 
Selesai pembahagian kumpulan, setiap pasukan akan diberi tanggungjawab untuk mendirikan khemah pasukan dan selesai khemah didirikan, Kem Komandan memberi taklimat ringkas dan Perintah Tetap Kem. Sesi sebelah malam pula diteruskan dengan semua pelatih menunaikan solat berjemaah. Makan malam disediakan pada jam 8.00 malam dan program Ice Breaking diadakan pada jam 9.00 malam. Pada jam 10.30 malam program Jurit Malam (Nightwalk) diadakan. Program tersebut tamat pada jam 1.00 pagi.
 
 
Pada hari kedua program diteruskan dengan solat Subuh berjemaaj kemudian diteruskan dengan senaman regangan. Selain itu, aktiviti membersihkan kawasan perkhemahan juga turut diadakan bagi mendidik atlet untuk tidak mementingkan diri sendiri dan menjaga kebersihan. Aktiviti seterusnya diteruskan pada jam 9.00 pagi dengan Jungle Trekking dan Masakan Pengembara. Semua atlet telah dibawa ke dalam hutan kaki Bukit Larut dan diajar memasak. Program ini selesai pada jam 2.00 petang. 
 
Pada sesi petang, program Obstacle Race Course diadakan pada jam 5.00 petang dan selesai pada jam 7.00 malam. Selepas selesai solat Magrib berjemaah, pada jam 9.00 malam telah diadakan program Jalan Lasak dimana semua pelatih dikehendaki mencari klu yang telah disediakan oleh pihak urusetia dan semua kumpulan perlu menyelesaikan tugas yang telah diberikan. Program ini selesai pada jam 12.30 malam.
 
Pada hari terakhir kem, selepas selesai sembanyang Subuh berjemaah dan sarapan, program Treasure Hunt telah diadakan di Muzium Perak. Program ini mendapat kerjasama daripada pihak muzium. Program ini selesai pada jam 11.00 pagi dan semua peserta pulang ke kem dan seterusnya  acara meruntuhkan khemah  dan membersihkan kawasan kem. Pada jam 12.30 semua perserta selesai makan tengah hari dan bersiapo untuk majlis penutup.
 
Majlis penutup dimulakan pada jam 1.00 petang yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Tuan Haji Musa bin Dun, Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak, En. Zahrul Annuar Usaili. Majlis penutup di rasmikan oleh Pengarah MSN Perak. Majlis bersurai pada jam 2.00 petang.
 
Dengan penganjuran kem pada tahun ini, diharap program sebegini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana matlamat kem ini sendiri dapat memupuk semangat berdikari, berdisiplin, meningkatkan semangat berpasukan dan tidak mementingkan diri sendiri.
 
Sekian, terima kasih

Laporan oleh,
 
Norhayati Binti Abdul Rahman
Pegawai Pembangunan Sukan
FaLang translation system by Faboba