• Suapan RSS

Kod QR MSN Perak

Program Klinik Sukan Pelayaran - November 2016

 

Untuk makluman, USPTN Perak telah menjalankan Program Klinik Sukan Pelayaran yang telah diadakan pada Tarikh, Masa dan Tempat seperti berikut:-

Tarikh : 21 November 2016

Masa : 9.00pagi - 6.00 ptg

Tempat : Bot House Pangkalan TLDM, Lumut

Kehadiran : 36 atlet


Tujuan Program Klinik Sukan Pelayaran diadakan untuk mempromosikan Sukan Pelayaran kepada pelajar-pelajar yang berumur antara 12 - 15 Tahun dan berminat untuk menceburi Sukan Pelayaran.
Sekolah-sekolah yang terpilih untuk dijalankan Program Klinik tersebut adalah seperti berikut:-

1) SMK Pangkalan TLDM, Lumut
2) SMK Dindings, Lumut
3) SMK Ahmad Boustamam, Lumut
4) SK Pangkalan TLDM, Lumut
5) SK Pangkalan TLDM II, Lumut
6) SK Dato' Ishak, Lumut

Pihak USPTN Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekolah-sekolah dan guru-guru Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang terlibat bagi menjayakan Program Klinik Sukan Pelayaran.

Laporan disediakan oleh :


CHING LAI YEE
PPN SUKAN PELAYARAN
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK.

FaLang translation system by Faboba