Demo
Sukma
Super
Award
Staff Application

Demo

#WOW! KITA THE GREATEST!

Datuk M. Karathu, Jurulatih Baru The Bos Gaurus

Ketiadaan bintang ternama bukan alasan sesebuah pasukan untuk mengukir kejayaan dalam aksi Liga Super bagi musim 2015 akan datang.

Begitulah pendapat Datuk M. Karathu selaku ketua jurulatih baru skuad The Bos Gaurus untuk mengharungi saingan Liga Malaysia nanti.

"Biarpun tanpa pemain berstatus bintang tetapi Perak masih mampu mencatat kejayaan melalui komitmen yang tinggi para pemain," jelas Karathu.

Oleh itu, katanya, semua pemain perlu berusaha keras terutamanya pada sesi latihan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama nanti.

Perancangan awal Karathu adalah untuk membina semula skuad Seladang melalui gabungan pemain muda, pemain sedia ada dan pemain import.

Karathu menyatakan bahawa bola sepak moden memerlukan sepuluh pemain pertahanan.

"Oleh itu saya mahu membentuk pasukan di mana semua pemain Perak boleh bertahan dan menyerang,'' jelas ketua jurulatih tersebut.

Jurulatih tersebut akan menyusun dan meletakkan para pemain skuad Seladang yang bersesuaian di setiap posisi dengan betul.

Beliau berharap barisan pemain muda akan menunjukkan komitmen dan sentiasa bekerja keras untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama kelak.

Mengenai pemain import, Karathu berharap pemain-pemain berkenaan dapat membuktikan bahawa keupayaan mereka lebih baik daripada pemain tempatan.

Ketua jurulatih itu berkata, beliau akan menghantar laporan serta penilaian pasukan kepada pihak pengurusan dari semasa ke semasa untuk penelitian.

Dalam mengharungi Liga M musim 2015, Karathu akan dibantu oleh tiga penolong jurulatih iaitu Abu Bakar Fadzim, Chan Wing Hoong dan Suhaimi Mat Lazim.

Sumber : Perak News

  • Icon 01
  • Icon 02
  • Icon 03
  • Icon 04
  • Icon 05
  • Icon 06
  • Icon 07
  • Icon 08
  • Icon 09
  • Icon 10
  • Icon 11
  • Icon 12

Contact Us

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

ONLINE VISITORS

0.png6.png2.png9.png6.png5.png
Today448
Yesterday1235
This week3239
This month21184
Total62965