• RSS Feed

MSNPk QR Code

  • Home Page
  • Department Profile
  • Director's Foreword

Perutusan Pengarah

YBrs. Dr. Banderi Bin Dasri

 

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Salam Perak Amanjaya

Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung-pengunjung Laman Web Rasmi Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk). Aplikasi web rasmi MSNPk ini diwujudkan dalam suasana mesra pelanggan dan mudah untuk dilayari. Saya berharap info-info yang terdapat di dalam laman web ini akan dapat membantu semua pihak memperolehi maklumat yang diingini.

Untuk makluman, Majlis Sukan Negeri Perak merupakan sebuah agensi yang menyelaras dan mengendalikan sukan prestasi tinggi di negeri Perak. Selaras dengan itu, MSNPk bertanggungjawab terhadap pembangunan sukan dan menyediakan atlet-atlet potensi untuk Negara. Oleh yang demikian, MSNPk mengambil pendekatan dengan menggunakan teknologi internet melalui web portal yang memainkan peranan utama sebagai agen komunikasi, interaksi dan penghubung dunia luar dengan dunia sukan Negeri Perak.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari laman web MSNPK kepada para pengunjung. Diharapkan input-input yang disediakan dapat memberi manfaat kepada Tuan/Puan.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

Ke arah Kecemerlangan Sukan,

‘Kita Juara 2018’

Pengarah,
Majlis Sukan Negeri Perak

FaLang translation system by Faboba