• RSS Feed

MSNPk QR Code

  • Home Page
  • Division Info
  • High Performance Sports Unit

Unit Sukan Prestasi Tinggi

LATAR BELAKANG

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak beroperasi sejak bulan Mac 2008 ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan Program Pelapis Negeri bagi 19 jenis sukan terpilih. Unit ini adalah susulan daripada pengstrukturan semula unit di Majlis Sukan Negara daripada Unit Sukan Teras kepada Unit Sukan Prestasi Tinggi. Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak kini telah beroperasi sepenuhnya di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak sejak Mei 2008.

Program Pelapis Negeri telah mendapat kerjasama dan sokongan yang baik daripada pelbagai pihak seperti Majlis Sukan Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan Sukan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PENTADBIRAN

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak buat masa ini mempunyai  6 orang pegawai pembangunan sukan yang dibahagikan 2 hingga 3 jenis sukan bagi setiap pegawai. Secara keseluruhannya, pegawai berkenaan berjaya melaksanakan segala tugas yang telah dirancang bagi tahun 2010.

Kakitangan sokongan di Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak masih kekal dengan 2 orang pembantu tadbir yang ditugaskan bagi bidang tugas pentadbiran dan kewangan.

Layari Blog USPTN di URL : http://usptnperak.blogspot.com dan http://usptn.msnperak.gov.my

FaLang translation system by Faboba