Demo
Aplikasi Staf
Sukma
Super
Anugerah

Demo

#WOW! KITA HEBAT!

Kemenangan Amat Bermakna

KEMENANGAN Perak 3-2 ke atas Terengganu mampu menyuntik semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang perlawanan seterusnya.

Pengendalinya, Mohd Syamsol Saad yang teruja dengan keputusan itu berkata, perasaan lega tidak dapat diluahkan dengan kata-kata apabila meraih kemenangan sulung selepas lapan perlawanan musim ini.

“Bagus apabila menang kerana ia memberikan impak kepada semangat dan motivasi. Itulah perkara paling mustahak.

"Bagi saya kedua-dua pasukan turun dengan tekanan cukup tinggi kerana masing-masing mahu buru kemenangan dan saya bersyukur berjaya melakarkan kemenangan sulung pada malam ini (kelmarin).

“Apa pun, saya juga bersimpati dengan Terengganu kerana saya lihat mereka bersungguh-sungguh untuk menang, tapi nasib memihak kepada Perak," katanya selepas perlawanan itu,

Pada aksi itu, The Bos Gaurus membuka jaringan menerusi Fazrul Hazli minit ke-24, namun tuan rumah menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Issey Nakajima-Farran dua minit selepas itu.

Babak kedua permainan, pemain import Perak, Elias Fernandes De Oliveira meledak dua gol pada minit ke-56 dan 63 sebelum Nakajima-Farran merapatkan jurang gol minit 86.

Dalam pada itu, Syamsol memuji semangat juang pemainnya walaupun turun tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

"Tahniah kepada pemain kerana berjuang habis-habisan.

"Kemenangan ini suntikan moral buat kami yang akan mengharungi separuh akhir kedua Piala FA dengan PKNS nanti,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 21 April 2016

  • Icon 01
  • Icon 02
  • Icon 03
  • Icon 04
  • Icon 05
  • Icon 06
  • Icon 07
  • Icon 08
  • Icon 09
  • Icon 10
  • Icon 11
  • Icon 12

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

0.png8.png2.png1.png0.png3.png
Hari Ini1682
Semalam1787
Minggu Ini5504
Bulan Ini27258
Keseluruhan82103