Demo

Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak Angkat Sumpah : 19 Mei 2018

KUALA KANGSAR, 19 MEI 2018 - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.

Berangkat sama dalam istiadat tersebut ialah DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah.

Majlis yang bermula pada pukul 5.30 petang itu didahului dengan bacaan ayat suci al-Quran daripada Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd. Muzaffar Bin Syed Azlan Al-Hafiz.

Mengetuai senarai mengangkat sumpah YB ADUN Manjoi, Encik Asmuni Bin Awi diikuti YB ADUN Tronoh, Encik Paul Yong Choo Kiong dan YB ADUN Kuala Kurau, Encik Abdul Yunus Bin Jamhari.

Turut mengangkat sumpah adalah YB ADUN Sungai Rapat, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Bin Jamaludin diikuti ADUN Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bin Bari dan YB ADUN Sungkai, Encik A. Sivanesan.

Manakala, empat lagi wakil rakyat yang mengangkat sumpah sebagai Exco adalah YB ADUN Pantai Remis, Cik Wong May Ing, YB ADUN Simpang Pulai, Encik Tan Kar Hing, YB ADUN Titi Serong, Encik Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim serta YB ADUN Pasir Pinji, Encik Howard Lee Chuan How.

Bagaimanapun portfolio bagi kesemua Exco Kerajaan Negeri yang dilantik dijangka hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

Pada Sabtu lalu, YAB Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu yang juga merupakan Pengerusi Harapan Perak mengangkat sumpah sebagai YAB Menteri Besar Perak ke-12.

Sumber : Korporat, SUK Perak

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

0.png8.png2.png2.png2.png6.png
Hari Ini1805
Semalam1787
Minggu Ini5627
Bulan Ini27381
Keseluruhan82226