Demo

Mohd Gazali Contoh Penjawat Awam Terbaik – Ahmad Faizal

IPOH – Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Gazali Jalal yang tamat tempoh perkhidmatanya secara rasmi pada Selasa adalah contoh penjawat awam yang terbaik.

Beliau berkata, Mohd Gazali telah meninggalkan satu legasi seorang penjawat awam yang sangat berjasa bukan sahaja kepada negeri Perak namun juga kepada negara tercinta ini.

“Sesungguhnya, sepanjang 35 tahun perkhdimatan beliau dalam sektor awam, beliau telah metakkan satu tanda aras yang begitu tinggi dikalangan penjawat awam, komitmen beliau terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan perlu dicontohi oleh semua.

“Sebagai Menteri Besar,saya amat bersyukur dan beruntung kerana mendapat pengalaman berkidmat di sisi insan sehebat beliau,” katanya ketika berucap dalam majlis perpisahan Mohd Gazali, di sini pada Selasa.

Tambah Ahmad Faizal, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu juga merupakan antara individu yang paling banyak membantu beliau sebaik mengambil alih tampuk kepimpinan sejurus tamat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Berkat pengalaman dan kepimpinan beliau yang begitu luas,membolehkan peralihan kuasaberkenaan berjalan dengan begitu teratur dan lancar.

“Saya sendiri berasa amat bersyukur kerana sepanjang tempoh saya menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar, beliau adalah merupakan pakar rujuk saya yang paling utama.

“Terima kasih atas segala khidmat bakti sokongan, bimbang dan setiap patah perkataan dalam menasihati saya dalam melancarkan pentadbiran ini, jasa Datuk (Mohd Gazali) akan saya serta kerajaan negeri hargai sampai bila-bila,” ujarnya.

Untuk rekod, Mohd Gazali telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun sejak menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983.

Beliau mula berkhidmat di Perak pada tahun 1996 sebagai Ketua Penolong Pegawai Bahagian Tanah di Pejabat Tanah dan Daerah Batang Padang, Tapah.

Tempat Mohd Gazali akan diganti dengan bekas Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Zainal Azman Abu Seman. Satu pengumuman rasmi mengenai pelantikan itu akan dibuat oleh Menteri Besar dalam masa terdekat.

Sumber : Suara Perak

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

0.png3.png0.png5.png9.png4.png
Hari Ini912
Semalam1877
Minggu Ini912
Bulan Ini30514
Keseluruhan30594