Demo

Skuad hoki remaja raih emas

SKUAD hoki remaja negara dalam kelas tersendiri apabila mencipta sejarah meraih emas di Sukan Olimpik Remaja 2018 (5 Sebelah) Buenos Aires selepas menewaskan India 4 - 2, pagi tadi.

Aksi di Taman Olimpik Argentina itu bagaimanapun skuad kendalian Wallace Tan berkenaan terlebih dulu dikejutkan jaringan

Vivek Sagar Prasad minit kedua sebelum Muhammad Noor Firdaus Rosdi menyamakan kedudukan tiga minit kemudian. Namun belum sempat skuad negara menarik nafas lega Vivek Sagar Prasad sekali lagi meletakan India kembali mendahului di depan.

Gol itu nyata tidak mematahkan semangat pemain negara apabila mereka bangkit dengan tiga jaringan. Mohamad Akhimullah Anuar Esook ('14), (18'), Muhammad Amirul Hamizan Azahar (17').

Ini emas kedua negara selepas Goh Jin Wei menghadiahkan kilauan emas pertama negara dalam acara badminton semalam.

Sumber : Sinar Online

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

0.png6.png2.png9.png1.png1.png
Hari Ini394
Semalam1235
Minggu Ini3185
Bulan Ini21130
Keseluruhan62911