Demo

Menangi 10 tiket final Piala Malaysia

IPOH: Penyokong bola sepak Perak berpeluang memenangi 10 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Perak dengan Terengganu di Stadium Shah Alam, 27 Oktober ini. Tawaran itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim sebaik pasukan The Bos Gaurus layak ke final piala berprestij itu selepas mengikat Sabah 2-2 di Stadium Likas semalam untuk mara dengan agregat 7-2.

Hasnul berkata apa yang perlu dilakukan ialah membuat ulasan video kurang daripada 1 minit perlawanan akhir Piala Malaysia 2000 antara Perak dengan Negeri Sembilan.

“Video yang mendapat ‘like’ paling ramai sama ada di Instagram atau FB akan dikira sebagai pemenang,” katanya.

Menurutnya pemenang akan mendapat lima tiket manakala tempat kedua tiga tiket dan ketiga, dua tiket.

Pemenang akan diumumkan sendiri Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Datuk Azumu pada Khamis ini jam 11.59 malam.

Pemenang boleh menuntut tiket tersebut daripada beliau di Stadium Shah Alam pada Sabtu jam 5.00 petang – berita harian

Sumber : Suara Perak

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

0.png6.png2.png9.png3.png4.png
Hari Ini417
Semalam1235
Minggu Ini3208
Bulan Ini21153
Keseluruhan62934