Demo

Tahun Terbaik Bos Gaurus

PRESTASI Perak dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim ini disifatkan sebagai pencapaian membanggakan dipamerkan oleh pemain The Bos Gaurus.

Memetik laporan Sinar Online, Penerima Anugerah Pertahanan Terbaik Anugerah Bolasepak Negara (ABK) 2018, Shahrul Saad berkata, dia berpuas hati dengan prestasi Perak dalam saingan Liga-M selepas skuad kendalian Mehmet Durakovic mengharungi pelbagai cabaran sepanjang musim ini.

“Kita tahu Perak sudah lama tidak menjulang piala paling berprestij bola sepak negara Piala Malaysia?, jadi apabila Bos Gaurus menang piala pada tahun ini cukup bermakna kepada penyokong Perak khasnya.

“Pencapaian Perak pada musim ini kami dedikasikan kepada semua penyokong yang tidak pernah jemu menyokong skuad Kejor Yeop Kejor dalam apa keadaan sekalipun

“Mengakhiri saingan Liga Super di tempat kedua juga bukan mudah ditambah saingan sengit daripada pasukan lain yang hebat, namun komitmen dan semangat dipamerkan pemain membuktikan bahawa Perak boleh berikan yang terbaik, saya bersyukur,” katanya.

Pertahanan tengah berusia 25 tahun itu menerima Anugerah Pertahanan Terbaik ABK 2018 selepas menewaskan penyandang lalu Matthew Davies (Pahang) dan tonggak pertahanan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), S Kunanlan.

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

0.png6.png3.png0.png0.png0.png
Hari Ini483
Semalam1235
Minggu Ini3274
Bulan Ini21219
Keseluruhan63000