Kerajaan Negeri Hargai Sumbangan Sukarelawan SUKMA Dan Para SUKMA : 29 Januari 2019

IPOH, 29 JANUARI 2019 - Kejayaan Perak dalam menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA edisi ke-19 pada tahun lalu adalah hasil daripada kerjasama dan penat lelah kesemua ahli jawatankuasa khususnya para sukarelawan.

YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Tuan Howard Lee Chuan How berkata, tanpa komitmen daripada mereka perjalanan temasya sukan dwitahunan itu akan menjadi pincang.

"Di setiap venue pertandingan dan lapangan kejohanan SUKMA dan Para SUKMA 2018 Perak telah berjaya menunaikan tanggungjawab dengan bantuan pasukan sukarelawan.

“Dari depan ke belakang, dari kanan ke kiri, dari atas ke bawah, semuanya memerlukan pasukan sukarelawan untuk menguruskan kejohanan ini,” kata beliau.

Tambah beliau, segala usaha para sukarelawan yang disebut sebagai ‘hero yang tidak didendangkan’ itu harus dihargai semua pihak.

Ujar beliau, usaha para sukarelawan juga telah berjaya melengkapkan setiap program penganjuran yang ada.

Pada masa sama, beliau turut menyeru agar semua pihak dapat terus mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagaimana yang telah terjalin sewaktu SUKMA Perak 2018 dan Para SUKMA Perak 2018 berlangsung.

Selain para sukarelawan, beliau turut menyeru agar semangat setia kawan dalam kalangan penjawat awam yang terlibat dapat dieratkan tanpa mengira batas jabatan ataupun agensi.

Sumber : Portal Perak

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png9.png7.png5.png0.png7.png
Hari Ini185
Semalam764
Minggu Ini6681
Bulan Ini34981
Keseluruhan197507