Unit Sukan Prestasi Tinggi

LATAR BELAKANG

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak beroperasi sejak bulan Mac 2008 ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan Program Pelapis Negeri bagi 19 jenis sukan terpilih. Unit ini adalah susulan daripada pengstrukturan semula unit di Majlis Sukan Negara daripada Unit Sukan Teras kepada Unit Sukan Prestasi Tinggi. Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak kini telah beroperasi sepenuhnya di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak sejak Mei 2008.

Program Pelapis Negeri telah mendapat kerjasama dan sokongan yang baik daripada pelbagai pihak seperti Majlis Sukan Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan Sukan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PENTADBIRAN

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak buat masa ini mempunyai  6 orang pegawai pembangunan sukan yang dibahagikan 2 hingga 3 jenis sukan bagi setiap pegawai. Secara keseluruhannya, pegawai berkenaan berjaya melaksanakan segala tugas yang telah dirancang bagi tahun 2010.

Kakitangan sokongan di Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak masih kekal dengan 2 orang pembantu tadbir yang ditugaskan bagi bidang tugas pentadbiran dan kewangan.

Layari Blog USPTN di URL : http://usptnperak.blogspot.com dan http://usptn.msnperak.gov.my

Bahagian Sains Sukan

PENDAHULUAN

Bahagian Sains Sukan (BSS) Majlis Sukan Negeri Perak buat masa ini mempunyai sepuluh (10) bahagian di bawah seliaannya. Antara bahagian tersebut ialah:

 

  • Fisioterapi Sukan.
  • Klinik Sukan.
  • Urutan Sukan.
  • Biomekanik Sukan.
  • Pemakanan Sukan.
  • Psikologi/ Kaunseling Sukan.
  • Gimnasium & Rehabilitasi.
  • Kecergasan Fizikal.
  • Fisiologi Sukan.
  • Lain-lain (Talent Identification & Kawalan Doping): Kerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN).

 

Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sukan

Pengenalan

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sukan , Majlis Sukan Negeri Perak mula di tubuhkan secara rasminya pada 7 September 2012. Bahagian ini di wujudkan dibawah pengurusan baru MSN Perak yang di ketuai oleh Encik Johari Sham Bin Ahmad Shohor Affendi.

Bahagian ini di wujudkan dalam usaha memantapkan lagi program pembangunan dan pengurusan sukan di negeri Perak.

Secara Amnya , Bahagian Pembangunan & Pengurusan sukan msnpk adalah bahagian operasi untuk membantu memandu pembangunan(assist to drive the development) dalam memastikan startegi dan hala tuju Jabatan dapat di laksanakan dengan efektif. Ianya di lihat sebagai tulang belakang atau TUNJANG penggerak aktiviti aktviti utama MSNPK.

Hala Tuju dan Matlamat

  • Prestasi
    • Memastikan atlit/pasukan /kontijen Perak berada ditahap yang setanding dengan standard industri
  • Pembinaan Kapabiliti (Pembangunan bakat)
    • Melahir dan membentuk pasukan pelapis yang kompeten sebagai memastikan kesinambungan atlit /pasukan yang bersedia mewaklili negeri

Fungsi dan Peranan

Bahagian Pembangunan & Pengurusan sukan MSNPk adalah bahagian operasi untuk membantu memandu pembangunan (assist to drive the development) dalam memastikan strategi dan hala tuju Jabatan dapat di laksanakan dengan efektif.

Ianya di lihat sebagai tulang belakang atau TUNJANG penggerak aktiviti aktviti utama MSNPK.

BPP menggunakan dua landasan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab

Pembangunan

Fokus utama untuk membina, membangun dan meneruskan perhubungan dengan 'stakeholder' dan program yang telah dirancang Latihan & kursus - Capabiltity Building- mempertingkatkan kompetensi

  1. ASK – Attitude/Skill/Knowledge
  2. Stakeholder engagement - PR – Relationship Building

Pengurusan

  1. Membentuk dasar, polisi dan garis panduan untuk memastikan kawalselia bahagian adalah bertepatan
    • Dasar
    • Polisi
    • Strategi
    • Garis panduan
    • Hala tuju
  2. Kawal selia & pemantuan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kepimpinan Majlis Sukan Negeri Perak telah mengambil langkah proaktif untuk memperkasa struktur  organisasi  pentadbiran/pengurusan  demi mengimbangi tuntutan semasa  menuju pemodenan  perkhidmatan awam.

Diantara langkah yang diambil adalah dengan membuat penstrukturan semula carta organisasi  sesuai dengan tuntutan semasa serta bidang tugas yang lebih  relevan dikalangan pegawai dan kakitangan Majlis Sukan Negeri Perak.

Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggung jawab dalam  mengawal selia ehwal pentadbiran/pengurusan pejabat dan kakitangan diantaranya adalah seperti senarai dibawah:-

  1. Mengawal selia hal ehwal pentadbiran/pengurusan pejabat/staf.
  2. Mengawal selia infrastuktur Majlis Sukan Negeri Perak
  3. Mengurus hal ehwal ICT serta perhubungan awam/korporat.
  4. Mengurus hal ehwal kewangan/perolehan
  5. Memantau/menyelaras kursus/latihan  warga Majlis Sukan Negeri Perak.
  6. Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan/Laporan Audit
  7. Urus setia Mesyuarat Lembaga Pengurus  Majlis Sukan Negeri Perak.

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

1.png3.png8.png8.png7.png0.png
Hari Ini513
Semalam1550
Minggu Ini6309
Bulan Ini23658
Keseluruhan138870