Demo

PERUTUSAN PENGARAH

SALAM SEJAHTERA

SALAM PERAK AMANJAYA

SALAM “KITA JUARA 2018”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, kami amat mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari Laman Sesawang Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk). Laman sesawang ini adalah sebahagian daripada usaha MSNPk untuk berkongsi maklumat berkenaan visi, misi, fungsi, struktur organisasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MSNPk.

Kami berharap laman sesawang ini akan dapat menjadi penyalur maklumat dan panduan komprehensif mengenai perkembangan sukan di negeri Perak. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan serta program-program berkaitan dengan sukan dan atlet prestasi tinggi akan dimuatkan di dalam laman sesawang ini.

Semoga laman sesawang ini menjadi perantara antara MSNPk, atlet-atlet dan masyarakat luar untuk berkongsi idea, maklumat dan interpretasi terhadap sukan dan persekitarannya. Pandangan, kerjasama dan minat yang ditunjukan oleh para pengunjung ke laman sesawang ini memperlihatkan bahawa masyarakat begitu prihatin dan sentiasa mempamerkan sokongan terhadap perkembangan sukan di negeri ini.

Kami turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman sesawang Majlis Sukan Negeri Perak.

Selamat melayari laman sesawang ini.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN”

“KITA JUARA 2018”

#strivingtogether #usahabersama

DR. BENDERI BIN DASRIL

PENGARAH,

MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

0.png8.png2.png0.png9.png5.png
Hari Ini1674
Semalam1787
Minggu Ini5496
Bulan Ini27250
Keseluruhan82095