Kerajaan Perak terima watikah jemputan rasmi SUKMA Johor 2020

IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 ke negeri ini.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri sangat berbesar hati menerima kunjungan delegasi yang diketuai oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

“Setinggi-tinggi penghargaan kerana YAB menteri besar sendiri sudi hadir bagi menyerahkan sendiri watikah jemputan rasmi SUKMA Johor 2020.

“Bagi kerajaan negeri Perak, kita merasa seperti baru sahaja menyerahkan bendera kejohanan kepada Kerajaan Negeri Johor semasa penutup SUKMA Perak pada tahun 2018 yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Rasmi Kontinjen Negeri Perak sempena SUKMA Johor 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, disini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, beliau penuh keyakinan bahawa semua persediaan SUKMA 2020 berjalan lancar dan berada di tahap terbaik di bawah kepimpinan Dr Sahruddin.

Beliau difahamkan seramai 13,000 atlet dan pegawai sukan akan terlibat dalam Sukma Johor 2020.

“Sebanyak 31 jenis sukan akan dipertandingkan melibatkan tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi dan Muar.

“Bagi negeri Perak, SUKMA Johor 2020 adalah amat penting untuk meneruskan momentum kontinjen Perak pada SUKMA di Perak sebelum ini, kedudukan kelima keseluruhan kontinjen dua tahun lalu,” katanya.

SUKMA 2018 kontinjen Perak berjaya mengumpul 39 pingat emas, 50 pingat perak dan 51 pingat gangsa, peningkatan 3 kali ganda berbanding 12 pingat emas pada temasya SUKMA Sarawak 2016

Bagi memastikan persiapan rapi dibuat untuk menghadapi SUKMA 2020, kerajaan negeri katanya telah menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta di Bawah Belanjawan Negeri Tahun 2020.

“Tambahan RM400 ribu juga telah diluluskan bagi tujuan pembayaran elaun jurulatih sepenuh masa serta pembelian ubat-ubatan, vitamin dan makanan kesihatan kepada para atlet,” katanya.

Sumber : Perak Insights

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

5.png4.png9.png9.png7.png7.png
Hari Ini617
Semalam1002
Minggu Ini3640
Bulan Ini5561
Keseluruhan549977