MAKLUMAN PERLANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN PERTANDINGAN FAMILY HOME WORKOUT VIRTUAL CHALLENGE SEMPENA HSN 2021 PERINGKAT NEGERI PERAK 1 HINGGA 17 OKTOBER 2021

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak menganjurkan Family Home Workout Virtual Challenge sempena HSN 2021 Peringkat Negeri Perak. Program ini merupakan satu bentuk pertandingan aktiviti kecergasan yang terbuka kepada semua masyarakat khususnya penggiat-penggiat sukan kecergasan tanpa mengira apa jua disiplin atau asas kemahiran sama ada senamrobik, zumba, dan lain-lain seumpamanya. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Keluarga (2 hingga 5 orang).
Tarikh Pertandingan : 1 hingga 17 Oktober 2021
Syarat-syarat Pertandingan :
(1) Pertandingan ini memerlukan setiap peserta untuk menyediakan video mereka melakukan aktiviti kecergasan di rumah masing-masing.
(2) Aktiviti kecergasan yang dilakukan tidak terhad kepada apa jua jenis latihan sama ada Aerobik, Street Workout, Calisthenics, Parkour, Breakdance, Zumba, dan pelbagai lagi.
(3) Aktiviti yang dilakukan boleh menggunakan peralatan kecergasan tetapi haruslah memberi perhatian kepada aspek keselamatan.
(4) Anggaran tempoh durasi video adalah di antara 30 saat ke 1 minit sahaja.
(5)Video tersebut wajib dimuatnaik ke laman media sosial peserta seperti Facebook atau Instagram dengan besertakan hashtag #HSN2021Perak
dan diemailkan ke email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(6) Peserta juga perlu menjadi pengikut laman Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sebagai syarat rasmi penyertaan.
(7) Video aktiviti yang paling kreatif dan
terbaik
akan dipilih sebagai pemenang.
(8)Pemilihan pemenang akan dinilai oleh Pengadil berkelayakan yang akan dilantik oleh pihak JBS Perak. Pengadil adalah terdiri daripada Pegawai dan Jurulatih Kecergasan MSN Perak.
(9) Keputusan akhir akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pelaksana HSN 2021 Peringkat Negeri Perak.
(10) Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Encik Amir Hafizudin di talian 017-5511362.
Moh sama-sama semarakan sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Perak.

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

8.png3.png6.png0.png8.png1.png
Hari Ini341
Semalam565
Minggu Ini1545
Bulan Ini13661
Keseluruhan836081