Syabas Dan Tahniah !
CI HUI MENANG EMAS DI NEW DELHI
Pelumba pelapis pasukan trek negara, Nyo Ci Hui, memperagakan kayuhan bertenaga untuk meraih emas dalam acara scratch wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Asia ke-28 di New Delhi.
Pelumba kelahiran Perak berusia 18 tahun itu mengetepikan cabaran lapan pelumba lain untuk muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 7.5 kilometer (km) di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.