Majlis Insentif Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak sempena Para SUKMA XX MSN 2022



Majlis Insentif Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak sempena Para SUKMA XX MSN 2022
Tarikh : 5 Januari 2023
IPOH, 5 Jan – Kerajaan negeri menyampaikan insentif kemenangan berjumlah RM240,500 kepada kontinjen Perak yang telah membawa pulang pingat pada Sukan Para Malaysia (Para Sukma) di Kuala Lumpur pada November lepas.
Menteri Besar Perak Dato' Seri Saarani Mohamad berkata insentif itu diberikan kepada 39 orang atlet yang telah meraih pingat, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada seluruh kontinjen negeri itu.