Bahagian Penyediaan Atlet
PERANAN BAHAGIAN PENYEDIAAN ATLET
-
Merancang dan melaksanakan persiapan Kontinjen (Kem Pusat, program binaan, dll) bagi menghadapi SUKMA pada setiap 2 tahun sekali.
-
Merancang, menyelaras dan menganjurkan program pembangunan dan pengenalpastian atlet pelapis Negeri yang berbakat.
-
Merancang, menyelaras dan mengendalikan Program Sukan Elit Negeri.
-
Merancang dan memantau penyertaan kejohanan dalam atau luar negeri bagi atlet Negeri Perak.
-
Memastikan setiap keperluan dan peralatan latihan/kejohanan sentiasa mencukupi.
-
Mengurus dan menyelaras data peribadi dan prestasi atlet Negeri Perak melalui sistem e-atlet dan e-profil.
-
Pengurusan laporan bulanan prestasi atlet yang diterima dari jurulatih dan Pegawai Pembangunan Sukan (PPS).
-
Menguruskan kebajikan dan bantuan pelajaran atlet Negeri Perak.
-
Menyelaras Pusat Latihan dan Pusat Cemerlang Sukan Negeri dan Daerah.