Sukan SEA: Skuad muay thai sasar satu pingat emas

Sasaran satu emas yang diletakkan skuad muay thai negara dalam Sukan SEA Filipina, November depan dianggap realistik memandangkan tuan rumah meletakkan syarat had umur.

Menurut Presiden Persatuan Muaythai Malaysia, Datuk Muhammad Shahnaz Azmi, pemilihan 12 daripada 16 atlet muay thai negara akan dikekalkan sehingga bulan depan bagi menjalani latihan di Lopburi, Thailand.

Skuad muay thai pernah membawa pulang dua emas pada edisi 2013 di Myanmar dan dua emas ketika negara menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

Kali ini, sasaran hanya satu emas memandangkan had umur yang ditetapkan tuan rumah. 

Mohd Fazzatkie Mohd Zaki dan Mohamad Rifdean Masdor menjadi sandaran negara untuk melengkapkan misi satu emas yang menjadi buruan.

"Kami menyasarkan satu pingat emas tetapi memiliki dua atlet yang berpotensi untuk membantu kami mencapai sasaran yang telah ditetapkan," kata Shahnaz.

Sementara itu, baki atlet muay thai yang tidak tersenarai mewakili negara ke Sukan SEA akan dihantar menyertai acara kick boxing yang juga diletak sasaran untuk membutirkan satu pingat emas.

"Sukan SEA kali ini menyenaraikan acara kick boxing dan beberapa atlet muay thai negara akan mengambil bahagian dalam acara ini," katanya.

Sumber : StadiumAstro

Kementerian Belia & Sukan MyGovernment Kerajaan Negeri Perak PEMUDAH Istana Negara Pejabat Perdana Menteri Polis Diraja Malaysia SPRM Suruhanjaya Perkhidmatan Awam JPA MAMPU MSC Malaysia

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

3.png1.png7.png4.png6.png7.png
Hari Ini120
Semalam494
Minggu Ini614
Bulan Ini14182
Keseluruhan317467