Bahagian Sains Sukan

PERANAN BAHAGIAN SAINS SUKAN

  • Mengelolakan kursus Sains Sukan peringkat asas atau spesifik.

  • Menguruskan khidmat bantu mula, fisioterapi dan rehabilitasi kepada atlet Negeri Perak.

  • Menguruskan khidmat sokongan Sains Sukan (psikologi, pemakanan, kecergasan, dll) kepada atlet Negeri Perak.

  • Menguruskan program Ujian Kecergasan (umum atau spesifik) bagi atlet-atlet Negeri Perak.

  • Menguruskan pembelian dan pemberian ubat serta makanan tambahan (supplement) kepada atlet.

  • Menguruskan Gimnasium Latihan Bebanan.

Bahagian Penyediaan Atlet

PERANAN BAHAGIAN PENYEDIAAN ATLET

  • Merancang dan melaksanakan persiapan Kontinjen (Kem Pusat, program binaan, dll) bagi menghadapi SUKMA pada setiap 2 tahun sekali.

  • Merancang, menyelaras dan menganjurkan program pembangunan dan pengenalpastian atlet pelapis Negeri yang berbakat.

  • Merancang, menyelaras dan mengendalikan Program Sukan Elit Negeri.

  • Merancang dan memantau penyertaan kejohanan dalam atau luar negeri bagi atlet Negeri Perak.

  • Memastikan setiap keperluan dan peralatan latihan/kejohanan sentiasa mencukupi.

  • Mengurus dan menyelaras data peribadi dan prestasi atlet Negeri Perak melalui sistem e-atlet dan e-profil.

  • Pengurusan laporan bulanan prestasi atlet yang diterima dari jurulatih dan Pegawai Pembangunan Sukan (PPS).

  • Menguruskan kebajikan dan bantuan pelajaran atlet Negeri Perak.

  • Menyelaras Pusat Latihan dan Pusat Cemerlang Sukan Negeri dan Daerah.

 

Bahagian Pengurusan Sukan

PERANAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUKAN

  • Mengawalselia Persatuan Sukan dan Agensi Sukan Peringkat Negeri Perak serta Majlis Sukan Daerah.

  • Menguruskan geran bantuan tahunan atau insentif kepada persatuan sukan Negeri atau Majlis Sukan Daerah.

  • Pengurusan program “Rakan Strategik” Persatuan Sukan Negeri.

  • Pengurusan pemilihan jurulatih, lantikan dan penamatan kontrak jurulatih.

  • Pengurusan penganjuran program, bengkel, seminar dan majlis khas (Anugerah Sukan dan Insentif Sukma).

  • Menguruskan penganjuran kejohanan, sirkit atau temasya Sukan Perak (SUPER)

  • Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) sukan-sukan.

Bahagian Khidmat Pengurusan

PERANAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)

  • Pengurusan serta tugas-tugas keurusetiaan Mesyuarat Majlis.

  • Pengurusan serta tugas-tugas keurusetiaan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis.

  • Pengurusan serta tugas-tugas keurusetiaan Mesyuarat Kakitangan Majlis.

  • Pengurusan serta tugas-tugas keurusetiaan Mesyuarat Pentadbiran Majlis.

  • Pengurusan Sumber Manusia, Perjawatan, FM, MPK, SKT dan LNPT kakitangan Majlis.

  • Pengurusan hal ehwal pentadbiran (fail, surat, rekod, pengangkutan, penginapan, dll.) di Majlis.

  • Pentadbiran Takwim Acara/Program Sukan Tahunan Negeri Perak.

  • Pengurusan hal ehwal kewangan (belanjawan, pendapatan, perbelanjaan, pembayaran, dll.) Majlis.

  • Pengurusan (pembelian, pelupusan, penyelengaraan, keselamatan, dll.) aset-aset Majlis.

  • Penyediaan Laporan Tahunan Majlis.

  • Pengurusan sistem, peralatan, rangkaian dll. yang berkaitan dengan ICT.

  • Pengurusan (merekabentuk, mencetak dll.) bahan-bahan promosi dan dokumentasi Majlis.

  • Pengurusan (penempatan, pemantauan, markah, dll) pelajar/pelatih praktikum/latihan industri di Majlis.

Lebih banyak artikel..

Hubungi Kami

WISMA MSN PERAK

Lot 4438,

Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh

31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tel: +6.05.547.8885 / +6.05.547.3984

Fax: +6.05.547.6885

STATISTIK PENGUNJUNG

7.png4.png1.png9.png0.png5.png
Hari Ini499
Semalam765
Minggu Ini4293
Bulan Ini8404
Keseluruhan741905